Wednesday, April 1, 2020




" Aku hairan dengan seseorang yang yakin dengan kematiannya tetapi masih seronok dengan sesuatu perkara.
Aku hairan dengan seseorang yang yakin dengan kematiannya tetapi masih boleh ketawa.
Aku hairan dengan seseorang yang memerhatikan musibah-musibah, pertukaran-pertukaran dan perubahan mendadak yang berlaku di dunia ini setiap masa tetapi masih berasa tenang dengan kehidupan dunia.
Aku hairan dengan seseorang yang percaya dengan takdir tetapi masih berdukacita dan susah hati.
Aku hairan dengan orang yang percaya bahawa tidak lama lagi dia akan dihisab tetapi masih lagi tidak melakukan amalan-amalan bail.
Hendaklah kamu mengambil berat untuk membaca Al Quran dan berzikrullah kerana membaca Al Quran menjadi nur di dunia ini dan bekalan di akhirat.
Elakkanlah diri daripada banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati dan wajah hilang seri"

#Razra
#peringatan



Blog: nazrirazra.blogspot.com

Monday, March 23, 2020

#satuharisatuhadis : ORANG YANG TERBAIK


Uthman r. a meriwayatkan bahawa Rasulullah s. a. w bersabda,
" Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya"
(HR.Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah)

#satuharisatuhadis


Nazri Razra | Blog: nazrirazra.blogspot.com | FB Page: https://www.facebook.com/blognazrirazra

Saturday, March 21, 2020

MAKSUD PANIC BUYING!



Maksud panic buying sebenar bermula apabila anda sebagai ketua keluarga kena beli barang dapur seorang diri. Tambah panik bila anda tak pernah kenal mana satu halia, lengkuas, kunyit, daun sup, daun bawang, ikan temenung. Kemuncak panik bila anda nak tanya orang kat pasar, tapi yang datang semua pun lelaki macam anda dan mereka jugak sedang panik. Panik paling maksimum bila anda terlupa bawak handphone dan kehilangan list yang isteri bagi untuk dibeli.

Sekian.

Nazri Razra | Blog: nazrirazra.blogspot.com | FB Page: https://www.facebook.com/blognazrirazra

CARA BETUL PAKAI MASK PADA MUSIM SAKIT BERJANGKIT



Adik-Adik dan abang-abang semua. Di sini saya letakkan contoh pemakaian mask yang betul semoga kita sama-sama terhindar dari jangkitan. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Sekian Terima Kasih.

Nazri Razra | Blog: nazrirazra.blogspot.com | FB Page: https://www.facebook.com/blognazrirazra

Saturday, October 5, 2019

Thursday, September 12, 2019

PESANAN UNTUK DIRI 3 : BERGEMBIRALAH DENGAN FITNAH MEREKA KEPADA KAMU.




Jika ada orang yg memburukkan kamu kepada orang lain maka:

1- Berdiamlah
2- Bersabarlah
3- Bergembiralah

Kerana dia telah memberikan pahalanya kepada kamu dengan keseronokannya dan dosa kamu dikutipnya dengan megahnya.

#steadyforever
#latahzan

Nazri Razra | Blog: nazrirazra.blogspot.com | FB Page: https://www.facebook.com/blognazrirazra

Tuesday, September 10, 2019

#REVIEW : HUAWEI NOVA 5T



Dah seminggu Abe guna Huawei nova 5T.  Masa beli hari tu, harganya RM 1599 di Kedai Huawei di Nu Sentral KL. Masa beli ni dapat lagi free gift yang boleh dikatakan bagus dan terbaik jugalah. Antaranya ;

2 units of Huawei Mini Speaker.
1 unit of Huawei  Car Super Charge &
1 unit of Honor A2 health band
Extra 1 tahun warranty

Semua free gift ni Abe dapat sebab buat pre-order seminggu sebelum Huawei launched produk ni. Bila tengok dalam Shopee, semua free gift tu harganya dekat RM 250 jugak lah. Kira bila campur tolak dengan harga yang dibeli, kira murah jugaklah Abe dapat harga phone ni.

Huawei nova 5T ni datang dengan 6.26” LCD Display, 48MP Quad AI Cameras & Kirin 980( a high performance mobile AI Chipset). Kamera ada 5. 4 kat belakang dan 1 kat depan. Belakang kamera AI, depan rasanya biasa sahaja tapi bila ambil gambar kira lawa jugaklah.

Dalam seminggu Abe pakai ni, ada beberapa perkara yang Abe perasan;

1 - Reka Bentuk : 7/10
Huawei nova 5T ni ringan. Kalau letak dalam poket memang kadang-kadang tak terasa ada dalam poket. Pegang pun rasa ringan. Warna aurora memang cantik. Lain dari yang lain. Screen pun mudah untuk navigate dari apps ke apps.






2- Bateri : 6/10
Charging time dia cepat termasuk dengan menggunakan Car Super Charge. Bawah 30 minit bateri dah penuh tapi bateri hanya tahan bawah 24 jam. Kalau pakai Bluetooth untuk speaker atau healthband, lagi cepat bateri habis.





3- Sound : 5/10
Phone call OK dan speaker phone pun OK cuma kalau play sound untuk youtube atau movie, ada sedikit rasa kurang kuat bunyinya. Kalau pakai earphone pun lagi tak puas hati sebab sound earphone bunyi tak penuh dan bunyi luar mudah masuk. Lagi satu earphone yang datang bersama set Huawei nova 5T ni Abe rasa tak berapa bagus. Sakit telinga bila pakai. Rasanya Huawei boleh bagi earphone lagi elok sepatutnya. Paling tak pun cam Samsung punya earphone. Ada getah keliling earphone punya bud untuk sentuhan lembut ke kulit telinga.




Tapi kalau bunyi tu disambung ke Huawei Mini Speaker, bunyi dia mantap. Bass dia dan bunyi yang clear. Sambungan Bluetooth dari phone ke speaker memang laju dan tak sangkut.

Tapi still tak mencapai kepuasan sebab bunyi yang best sepatutnya datang dari handphone tu sendiri. Tentang sound jugak ada satu lagi yang Abe rasa susah iaitu bila nak naikkan  atau nak turunkan volume, ada rasa susah sikit nak tekan butang yang ada ditepi phone tu. Ada rasa tak selesa dan tak smooth kat situ. Terasa kekok sedikit bila nak main sound.






4- Kamera : 8/10.
Setakat ini kamera 48 MP yang AI sebelah belakang memang antara yang terbaik,  Gambar yang diambil memang clear dan cerah serta every click gambar yang diambil memang smooth dan tidak hanging. Kamera sebelah depan pun OK. Amat sesuai untuk selfie. Jelas nampak jerawat. Lepas dalam kamera ada program beauty untuk ejas gambar korang agar nampak lebih cantik dan cerah.


5 - Sistem : 9/10
Sistem laju. Takda hanging. Apps ke apps amat
smooth.  Storage 128 GB. Ada fingerprint ID, Bluetooth, NFC, wiress projection dan printing. Sesuai juga kalau nak buat tools for business matters.

Keseluruhan semua dari segi harga, pride bawa phone ni dan semua yang kat atas tu Abe boleh bagi 7/10. Boleh guna tapi tak boleh untuk bergaya sangat. Berbaloi untuk duit tetapi pride adanya Huawei nova 5T ni biasa-biasa sahaja. Rasa selesa lagi guna Huawei nova 2i yang Abe pakai 2 tahun dah. Smooth.



Apa-apa pun ini cuma pendapat Abe. Abe pegang, Abe guna dan Abe rasa. Recommendation Abe, boleh beli sesangat. Harga berbaloi.Sistem laju, gambar pun cantik dan stotage pun besar. Untuk kegunaan bersosial pun OK, untuk kegunaan kerja pun OK.


#Huaweinova2i
#Huaweinova5T
#Huaweiminispeaker
#Huaweisupercharge
#HonorA2



Nazri Razra | Blog: nazrirazra.blogspot.com | FB Page: https://www.facebook.com/blognazrirazra