Happy 40 And Above







Dalam kehidupan ini, kita sentiasa tidak merasa betapa pantasnya masa berlalu. Waktu yang kita sentiasa ingatkan sebenarnya hanya memberitahu apakah ianya di siang hari atau di waktu malam. Kita sentiasa dalam keadaan kerugian. Dalam keadaan keresahan dan kesibukkan.

Kita sentiasa merasakan nikmat kelebihan yang kita kecapi itu adalah sebenar-benarnya nikmat. Hasil dari kesusah-payahan kita dalam menjalani kehidupan. Kita lupa kelebihan yang kita kecapi itu kadang-kadang menjadi penarik nikmat yang sebenarnya. Rupa yang cantik, harta yang mewah, pangkat yang benar berkuasa dan kekuatan badan itu sendiri kadang-kadang menipu kita dan menarik dari nikmat yang sebenar dan hakiki.

Kerana kecantikkan rupa, kita sibuk menghias jasad dari kegemukkan roh. kerana harta yang melimpah ruah kita merasakan tiada yang lebih indah dari kehidupan dunia. Kerana pangkat dan kuasa yang menyibukkan diri kita dari mendapat kejutaan rahmat Allah. dan kerana kekuatan badan kita juga yang mengakhirkan kita dengan kesombongan. 


Alhamdulillah, saya telah mencapai umur 40 tahun. Tempoh masa yang agak lama yang telah diharungi. Sepanjang tempoh tersebut, beberapa rakan seusia ada yang telah "dijemput pulang". Ada yang terlantar sakit dan ada yang hilang arah. Ada yang bahagia dihadapan tetapi dibelakang menangis. Ada yang tampak mewah tetapi di sebaliknya hanya angan-angan. Dan ada yang dikerumini tetapi kesunyian


“Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (QS.Al-Ashr:1-3)

Kita dalam kerugian. Saya dalam kerugian. Tetapi kita ada masa untuk merubah permasalahan. Kita boleh memperbetulkan penipuan yang kita lakukan kepada diri sendiri dan membenarkan diri kita berada dijalan yang betul. 


" Niat baik tidak menghalalkan cara yang haram "

Perkara lama kita buang. Perkara yang tiada faedah dan tiada nilai untuk masa hadapan. Kita tuju ke arah kebaikkan. tiada doa semata-mata memenuhkan ruangan post di Facebook kita. Tiada kata semata menunjukkan kepuraan kebahagiaan kita dan yang paling penting,..... dunia akan kita tinggalkan. Bekalan kita belum ketahui.....

InsyaAllah kita bersambung....


Comments