Thursday, May 10, 2012

Cameron Highland - Here We Come !



Ini kali pertama Abe ke Cameron Highland. Dah lama dah berhajat namun baru sekarang ada rezeki dari Allah. Some more Abe dapat speciall deal dari Equatorial hotel Cameron Highland yang Abe rasa berbaloi dan menyenangkan. Lagi pun boleh lah Abe postkan sedikit maklumat tentang hotel ni dan keadaan Cameron highland sekarang.

Bagi yang tak pernah datang, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highland ni mengambil masa 2 jam 30 minit. 80% perjalanan amat selesa jika menggunakan Leburaya Utara Selatan menuju ke arah Perak dan kadar toll paling tidak pun dalam RM 23. You all boleh masuk ke Cameron Highland ni melalui susur Tapah atau Simpang Pulai dan kali ni Abe gunakan susur Simpang Pulai kerana ramai yang sarankan menggunakan susur ini. Untuk makluman, selepas you all masuk susur ke Cameron Highland, jalannya bersimpang-siur kalah ular kena palu dan sedikit kecil. Kiri kanan jalan hanya ada lereng-lereng bukit dengan sedikit "priview" tanah nak runtuh. Gelabah la juga jika nak melaluinya terutamanya bila berselisih dengan lori yang besar. You all disarankan perlahan dan berhati-hati.




Perjalanan ikut celah-celah lereng ini mengambil masa antara 30 - 40 minit. Kalau jenis mudah pening, disarankan makan ubat tahan pening awal-awal kalau tak anda kemungkinan muntah hijau. nasi baik wife Abedan anak-anak jenis tak mudah mabuk perjalanan. Senang Abe handlesituasi jalan tu sebab tak payah nak fikirkan keadaan mereka sangat.

Once dah sampai ke kawasan Cameron Highland, Jalan dah semakin baik. Cuaca agak sejuk, berangin, lembab dan menyegarkan. Ramai pelancong asing di sekitar Tanah Rata dan banyak 'Guest House" untuk kemudahan tetamu. Ada banyak kedai kiri dan kanan jalan seperti restoran mamak, fast food, Coffe store dan souvenir shop. Quite suprise juga bila terfikir bagaimana di celah-celah bukit dalam hutan begini boleh ada ramai orang. Well, ini semua kuasa tuhan.





Terus terang Abe katakan, Cameron Highland ni satu tempat yang menarik. Banyak keindahan dari segi cuaca, tumbuh-tumbuhan dan suasananya. Terasa seperti berada di satu tempat yang berlainan, satu tempat seperti bukan di Malaysia. Mungkin kerana faktor cuaca. Cuma ada satu sahaja yang kurang menyenangkan iaitu keadaan jalan raya untuk menuju ke Cameron Highland ini. Merbahaya!

Walau bagaimana pun, Abe berpuas hati. Sudah lama Abe nak datang ke mari dan Abe sudah sampai. Banyak benda menarik di sini. Ada straeberry farm, sayur-sayuran, tea plantation dan suasana ala-ala English gitu. Pada masa Abe buat post ini, jam baru 9.30 malam dan cuaca agak sejuk kerana baru lepas hujan. Kabus menutup pemandangan dari tingkat 10 Equatorial Hotel ini. Dalam bilik walaupun Abe sekeluarga menggunakan kipas dan tingkap bilik kami buka sedikit, rasa seperti menggunakan aircond.

Esok Abe akan ke Strawberry fam, Butterfly farm, shop some green (sayur,buahan dan bunga) dan mungkin melepak sekejap kat Tanah Rata. So far so good and next post, abe akan ceritakan tentang Equatorial Hotel Cameron Highland dan kenapa Abe pilih hotel ni dalam banyak-banyak hotel di sekitar Cameron Highland ni. Selepas tu akan menyusul post-post bershopping dan tempat-tempat menarik di sekitar cameron Highland ni.

Arios.

Nazri Razra

2 comments:

  1. owh seronoknya cuti2 malaysia, cuti merehatkan minda..jeles la dia dh smpi sini..aritu ingat nk beli deal voucher ni, tp bole plak terlupa..aduhai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang dik je kat Equatorial. Siap bagi Rm 80 voucher makan lagi. Kira bilik cam rm100 lebih je smalaman. Kira murah pa tu.

      Delete