Friday, March 30, 2012

Bee Won - Korean B.B.Q Reataurant (Korean Cuisine - Dulu OK Sekarang NON-HALAL)



Bee Won Korean Cuisine
KL Festival City
Lot F-13, No 67, Jalan Taman Ibu Kota
Taman Danau Kota, Setapak Kuala Lumpur
Tel : 03-4131 8866

Sebelum Abe proceed dengan post ni, Abe sekeluarga nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada  Mr. Son Byung Ho, owner of  Bee Won Korean B.B.Q Restaurant yang begitu ramah mesra semasa Abe dan sekeluarga menjamu selera ala-ala Korean  di restoran tersebut dekat KL Festival City tadi. Dia tak jemu-jemu datang ke meja kami, buat tu-buat ni, tolong masakkan dan bagi banyak penerangan tentang restoran beliau dan makanan korea.

Restoran ini tidak menyediakan "pork" seperti restoran lain kalau korang nak tahu. Kalau ada, confirm Abe tak masuk. Restoran ni mengambil pembekal yang Halal untuk daging, sayur dan makanan laut untuk dijadikan hidangan. Siap tunjukkan lagi certificate Halal pembekal kalau korang was-was.

Makanan kat restoran ni superb beb. Dari kimchi sampai ke daging, dari sup sampai ke sambal..
semuanya mengikut apa yang ada kat Korea. Bahan-bahan resepi kebanyakkan diimport dari Korea untuk mengekalkan keasliannya. Harga murah kalau nak dibandingkan dengan restoran Korea lain. Service tip-top malahan pekerja dia pun orang Korea. kalau korang nak practice cakap Korea, kat sini boleh try.


dari Kiri atas : Beef Bibim Bab (RM 15), Beef Kimchi Soup set (RM 15)
Bawah dari kiri : Fried Glass Noodle ( Abe dapat free) , Marinate Lamb Rib ( RM 25)


Dari kiri atas : Side dishes yang datang bersama set - Telur goreng, ikan bilis, mash pumpkin sayur untuk balut makanan.
Kiri bawah : Tengah menyuap glass noodle dan Merinate chicken ( RM 20)
Boleh katakan Abe order banyak gak menu untuk isteri dan anak-anak Abe dan they enjoyed it soo much. Mana taknya, bakar, balut dan suap. Sedap beb. Abe kena bayar lebih kurang RM 81.00 untuk semua termasuk air. Ok ape?... kalau kat luar.. mau kena lebih dari RM 100 dan ianya sedap. Confirm!

Kalau pi sana jangan lupa pekena kimchi dia. rasa dia totally lain dari yang korang duk beli kat kedai. rasanya smoothhh.... dan kalau jumpa MR. Son.. kata Abe dari blog ni yang rekomen. Mana tau kot-kot nanti dia belanja Abe makan.. kannn?

P/s : Esok nak pi makan kat Bubba Gump Shrimp Co plak kat The Curve. Mau join?.. nanti Abe postkan plak yer...

Nota : Baru-baru ni seorang pembaca blog Abe mengatakan yang status restoran ni jadi Non-Halal, Dah ada signboard so ini sedikit penerangan masa Abe pi makan dulu. (Tengok pada ISP pengomen ni.. dah boleh agak siapa yang komen sebab lokasi gajet dan penama)

- Masa Abe pi dulu, restoran ni memang tak ada status Non Halal atau sign board mengatakan non Halal, malah owner restoran tersebut (gambar kat atas)  menyakinkan Abe bahawa setiap pembekal kepada restoran dia adalah dari pembekal yang mempunyai sijil halal dan tiada daging khinzir dihidangkan. Seperti yang diterangkan sebelumnya, restoran ini ada menyediakan minuman dari Korea yang mempunyai alkohol so memang takkan mendapat status halal. Sama seperti restoran ternama yang korang pi yang ada menyediakan arak yang ada kat semua tempat, ini semua tidak mempunyai status halal cuma pembekal bahan mentah yang mempunyai status halal. Kalau ada babi, takkan Abe jahil nak makan benda NON Halal?!!

Jadi sekarang setelah tahu status dia ada meletak kan Non Halal, maka Abe tak rekomen lagi restoran ini. Anggaplah cerita blog ni kepada Non Muslim atau kepada yang nak tahu. Mohon Maaf atas kekeliruan terhadap post yang terdahulu.

Sekali lagi Abe katakan, masa Abe pi dulu belum ada signboard mengatakan Non Halal dan Abe diyakini dan menyaksikan sendiri sijil pembekal halal tersebut dan restoran ini tidak menyediakan daging khinzir pada masa Abe makan di sini dulu.


Not Recommended anymore for muslim!

Nazri Razra

5 comments:

  1. abe..... baru mkn korean food waktu sampling aritu... glass noiodle tu dipanggil japchee kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la Remy. Yak tahu la plak nama dia. Sebab dia bagi free, tetus lupa nak tanya pe namanya. Hehehe

      Delete
  2. td br peg... clearly stated NON HALAL... so kenapa you rekemen yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kami pergi dulu memang tak ada diletakkan signboard non halal dan kami tengok sendiri certificate pembekal daging mereka yang mempunyai status halal dan kami pasti tiada khinzir dihidangkan. Tetapi seperti yg saya letakkan dalam blog, restoran ini ada menyediakan minuman korea yang tak halal maka mungkin disebabkan ini mereka tidak akan memdapat status halal.

      Sama seperti kita makan di TGI Friday, Tony Romas atau The ship. Di mana ada restoran yang menyediakan hidangan minuman beralkohol, maka status dia akan jadi non halal.

      Tapi bila u dah bagi tau. Maka saya tidak menyarankan kedai ini lagi. Maaf atas rujukan yg tidak baik

      Delete
  3. Ambil yang halal lagi bersih dan tinggalkan yang Haram atau was-was

    ReplyDelete